h1

Jemputan ke TT ver. 7.0 – Majlis Ramah Mesra bersama ERC Kuantan – TTDI 28 Julai 07

Julai 26, 2007

Assalamualaikum,

Untuk makluman, seramai 15 orang ahli Elegan Riders Club (ERC) Kuantan akan mengadakan satu program bersama MK Land di Damansara Damai, Sg. Buloh pada 28 & 29 Julai 2007 ini.

Sempena lawatan mereka ke Lembah Klang maka satu perjumpaan di antara mereka dan Eleganeers Community Lembah Klang telah dirancang seperti berikut:

* PETA UNTUK KE ALI BABA JLN WAN KADIR TTDI 

Kami menjemput Semua Eleganeers untuk menjayakan program TT ver 7 bersama ERC Kuantan di Restoran Ali Baba TTDI KL.

Program seterusnya adalah untuk bercruising bersama ERC ke Taman Tasik Titiwangsa sambil bergambar.

Pihak ERC Kuantan juga menjemput rakan-rakan Eleganeers untuk bersama-sama mereka pada Hari Ahad 29hb Julai 2007 ini di Damansara Damai, Sungai Buloh pada Jam 10.00 pagi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi En. Saiful dari ERC Kuantan ditalian 013-9528869

Sekian Dimaklumkan.

Rakan-rakan yang ingin menyertai TT V7 ini boleh menyenaraikan nama anda di SINI

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Azmi (CATV) 019-2748900 (WNJ 7858)
atau Razali (eGo – 9W2ALZ) – 012-6672150 (WPY8805)

One comment

  1. \bigstar \bigstar \bigstar with \heartsuit



Tinggalkan Komen