
Coastal Cruising version 2 – Pulau Pinang & Gurun 26-27 Ogos 2007
Ogos 3, 2007Eleganeer Klang Valley akan mengadakan sesi Convoy ke 2 ke Pulau Pinang pada 26 & 27hb Ogos 2007, Aktiviti ronda Pulau Pinang akan diadakan pada 26hb Ogos 2007 manakala pada 27hb Ogos 2007, Pihak Modenas menjemput Eleganeers berkunjung ke Kilang Modenas di Gurun, Kedah, Pihak Modenas akan menyediakan makan tengahari untuk para Eleganeers semua di samping cenderamata bagi eleganeers semua.
Itenary: 26hb Ogos 2007 ( Ahad)
Berkumpul di rumah bro edi jam 6:30 pagi dan bertolak dari umah bro edi tepat jam 7:00 pagi. Bertolak melalui NKVE Bukit Raja masuk di Toll Shah Alam (Bukit Jelutong), Singgah mengisi minyak di Petronas lepas toll Bukit Jelutong dan bergerak melalui Puncak Alam. masuk ke jalan Ijok – Kuala Selangor dan berhenti sarapan di Kuala Selangor.
Meneruskan perjalanan ke Sekincan, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hutan Melintang. berhenti mengisi minyak kali ke dua di Petronas Hutan Melintang.
Perjalanan diteruskan ke Manjung dan berhenti untuk makan tengahari di Manjung, Perjalanan seterusnya melalui Pantai Remis & Kuala Trong. Mengisi minyak di Pantai Remis sebelum terus ke Changkat Jering. sekiranya terdapat geng eleganeers ipoh, kita akan bertemu tol Changkat Jering.
Masuk highway di Changkat Jering dan seterusnya berhenti di rehat & rawat Gunung Semanggol bagi tujuan bersolat dan berehat.
Perjalanan diteruskan ke Penang melalui Juru dan sampai di Juru geng Eleganeers Utara akan menjemput kita dan mengambil alih menjadi adhoc tour guide daripada En Rizal @ Penang. Seterusnya kita akan ke pengkalan feri Butterworth untuk menaiki feri. Sampai Di Penang, kita akan ke Padang Kota Lama untuk minum selamat datang sebelum kita ke pasar Chowrasta bagi membeli Jeruk & buah tangan untuk family.
Seterusnya kita kan bergerak ke ismail Ikan bakar di Seagate dan selepas makan cadangan untuk ke batu feringgi bagi cari DVD dan seterusnya lepak di padang kota lama makan ABC.
Selepas tu balik ke bertam untuk berehat.
27hb Ogos 2007 ( Isnin)
Bertolak dari Bertam sekitar jam 7:30 pagi berhenti bersarapan di sekitar pekan Bertam, berkonvoy ke Gurun bagi memenuhi undangan Modenas untuk melawat Kilang Modenas, kita kan makan tengahari bersama Modenas dan selepas itu kita akan bertolak ke Pulang ke Pulau Pinang semula. Group akan ke kedai aksesori motor David Choo bersalam perpisahan bersama geng utara.
Perjalanan akan berhenti mengisi minyak di hentian Juru sebelum terus ke dataran Sungai Perak untuk tujuan mengisi minyak dan bersolat. seterusnya bertolak ke Ipoh dan berhenti bagi berpisah bersama geng Ipoh.
Perjalanan di teruskan dan seterusnya berhenti berehat di hentian rehat & rawat Tapah bagi tujuan mengisi minyak dan berehat.
Hentian terakhir adalah di hentian rehat & rawat Bernam dimana tempat untuk mengisi minyak, berehat dan tempat untuk mengucapkan salam berpisah kerana selepas ini geng Sg Buaya, Serendah akan memasuki toll Bukit Beruntung, geng Shah alam, puncak alam, sg buloh akan memasuki CGE sementara geng KL & Kajang / Bangi akan meneruskan trip sehingga ke Toll Jalan Duta / Toll Damansara.
Sekian terima Kasih
Perincian aktiviti mengikut masa
26hb Ogos 2007 – Perjalanan
-
6.30 pagi : Berkumpul di rumah saudara Edi – Shah Alam
-
6.50 pagi : Sessi Taklimat oleh Lead Marshall
-
7.00 pagi : Perjalanan CCV bermula, berhenti mengisi minyak di Petronas lepas Toll Shah Alam
-
7.50 pagi : Tiba di Kuala Selangor untuk Sarapan Pagi
-
8.30 pagi : Bertolak ke Sri Manjung Lumut Perak
-
12.30 pagi : Tiba di Sri Manjung untuk Makan Tengah hari
-
1.30 petang : Bertolak ke Pulau Pinang melalui Kuala Trong, Changkat Jering dan masuk ke Jalan Highway NSE hingga ke perhentian RNR Bukit Merah untuk mengisi Petrol & bersolat jamak
-
5.30 petang : Konvoi di jangka tiba di Tol Juru Pulau Pinang . Tempat pertemuan dengan Eleganeers Utara.
-
6:00 petang : Tiba di feri Butterworth dan menaiki feri.
-
7:00 petang : Tiba di Pulau Pinang dan terus ke Padang kota lama bagi minum selamat datang.
-
7:30 petang : berkonvoy ke Pasar Chowrasta bagi membeli jeruk serta buah tangan untuk keluarga
-
8.30 malam : Makan Malam di Ismail Ikan Bakar Pantai Seagate.
-
10.00 malam : Aktiviti Jom ronda-ronda Pulau Pinang – (Sila rujuk itenary untuk tempat lawatan)
-
12.30 malam : Balik ke Bertam melalui Jambatan Pulau Pinang
-
1:30 pagi : Tidur
27hb Ogos 2007
-
7.30 pagi : Persiapan ke kedai bagi sarapan Pagi
-
8.30 pagi : bertolak ke Gurun bagi aktiviti bersama Modenas serta makan tengahari bersama Modenas.
-
1:00 petang : Bertolak balik ke Pulau Pinang
-
1:45 petang : Tiba di Pulau Pinang dan melawat kedai aksesori motorsikal David Choo.
-
2:30 petang : Salam perpisahan bersama geng utara dan bergerak ke hentian R&R Juru untuk mengisi Minyak
-
4.30 petang : Tiba di Dataran Sg Perak untuk bersolat dan mengisi minyak
-
5.00 petang : Bertolak ke ipoh dan sampai di ipoh bersalaman perpisahan dengan geng ipoh.
-
7.00 petang : Tiba di Hentian RNR Tapah untuk berehat & mengisi minyak.
-
9.00 malam : Tiba di R&R Bernam untuk mengisi minyak & bersolat sebelum bersurai ke destinasi masing2.
Sila cetak Jadual Perjalanan ini dan lampirkan bersama Permohonan Permit Perjalanan dan Keluar Kawasan kepada KPKT. Bila dah sampai Pulau Pinang, JANGAN LUPA buah pala dan asam jeruk untuk Pelincir CCV3.
Selamat Pergi dan Selamat Kembali.

salam..
Wah..cam best je dengar cite brader2 sume..lain kali bila ada convoy lg. ajak2 le kawan ni..kawan pakai elegan dah 4bln tp jln dekat2 je..boring betul..harap lain kali bleh ajak k bro..wasalam.
saya da 3 tahun guna elegan dan berminat joint eleganeers tapi tk tau nk conteck siape… saya tggal di sgai chua kajang….0162673885…wan
Cuba tengok ruangan Eleganeers Calling Card… berderet nombor telefon rakan-rakan Elegan. Mungkin ada yg berhampiran dengan anda.
salam elegant,saya penguna elegent since 2004,nak tau samada kat ‘bee pee’ johor ada tak member elegent @ peluang nak dapatkan set body yg baru.
TQ : )
deliks (013-7063103)